Trip ke Bandung

Assalamualaikum wbt😊

Excited rasanya nak menulis di blog.

Dulu masa zaman belajar pernah tulis blog.
Tapi bila dah mula sibuk, dah tak sempat nak update blog. 😬

Alhamdulillah sekarang ada kesempatan kembali.

Entry pertama ni, nak cerita tentang trip ke Bandung kami minggu lepas.
Itu pertama kali saya menjejakkan kaki ke Indonesia.

Nak habaq siap2, trip kami tak adventurous ye. Trip bersama keluarga.
Saya travel bersama suami, baby 6bulan, mama (60 tahun) dan makcik (menghampiri 60 tahun).

Semoga perkongsian tentang trip ke Bandung kami ni dapat bagi maklumat kepada kalian yang turut merancang ke sana bersama keluarga.
😊

Kami ke Bandung selama 5h4m.
Few summarized tips ke Bandung:

βœ… Naik Malindo air – dapat allocation utk bag seberat 30kg utk setiap org dewasa dengan harga tiket yang murah.

βœ… Beli simcard supaya sentiasa ada akses internet. Senang nak book Uber. Kami beli simcard Simpati harga 70k rupiah untuk internet data. Jangan beli di airport. Beli di mall atau kedai runcit.

βœ… Simpan no hp Uber driver yang baik2. Boleh request utk day trip ke Lembang. Purata harga 450k rupiah utk day trip.

βœ… Bawa mask untuk jalan2 di pekan. Orang merokok di mana2 saja. Termasuklah dalam bangunan. 😣

βœ… Minum air mineral saja. Kecuali di restoran yang kita yakin dengan kebersihannya, baru oder air lain.

βœ… Highlights sewaktu lawatan kami ke Bandung:

– Pasar Baru

– Zen Spa

– Restoran Alas Daun

– Lembang — Tangkuban Perahu, Floating Market. Di Lembang, banyak lagi tempat best yang boleh dilawati: Farmhouse, Dusun Bambu, Kampung Daun

Kami sampai di Bandung waktu tengahari.

Bandung lewat 1 jam dari waktu Malaysia.
Di airport (dipanggil bandara), tak boleh guna Uber untuk jemput.

Jadi kena guna Taxi yang ada. Kena nego harga lah.

Sebelum sampai, kami dah cek harga Uber dari airport ke hotel.

Jadi boleh tahu kalau harga yang Taxi caj tu overpriced. Nego harga sampai jadi win-win.

Kami menginap di sebuah guest house berdekatan Rumah Mode.

Lepas check in, minta Taxi driver yang sama untuk bawa kami lunch.

Tempat makan tu sangat unik. Tak teringat nak take note namanya.πŸ˜…

Ada pondok2 kecil untuk makan bersila. Kolam ikan besar di halaman depan pondok.

Iskandar tidur dengan sangat selesa semasa kami makan.

Lepas solat di hotel, kami keluar ke Cihampelas hiline.

Dibina struktur utk pejalan kaki di atas jalan raya. Macam jejantas lah kira.

Sepanjang jejantas tu, macam2 souvenir yang ada.

Petang tu kami pergi ke factory outlets.

Dok bayang macam factory outlet kat US/Canada yang dapat harga murah gila. So, i was totally wrong πŸ˜‚

Kalau convert balik ke RM, boleh je kita dapatkan kualiti dengan harga yg setimpal di Malaysia.

Kami dinner di Cihampelas Walk mall.

Di Bandung sangat famous dengan jus Alpukat (avocado). Wajib cuba!

Esoknya, hari ke2 kami di Bandung, ada demonstrasi membanteras pemandu Uber. 😨

Maka Uber yang beroperasi sangat limited dengan harga 2x ganda.

Jadi kami decide ke Pasar Baru saja. Spend satu hari di sana. Tak perlu nak guna servis Uber banyak kali.
Kat Pasar Baru, Bandung memang sangat best untuk shopping!

Rambang mata😳

Kain lace, kain sulam, baju batik, telekung ala2 Siti Khadijah.

Memang syoklah memborong.

Sebab harga 2-3x lebih murah dari Malaysia.

Stroller Iskandar sangat useful! πŸ˜† Berat kain2 semua tu lebih 30kg rasanya. Kalau tak ada stroller, jenuh nak mengangkutnya.

Malam tu kami dinner di Cihampelas Walk mall lagi. Di sebuah restoran peranakan. Sedap dan pedas masakannya! πŸ€—

Pisang goreng cheese nya sangat superb!πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Hari ke3, kami ke Zen Family Spa, Bandung.

Ada pilihan urutan penuh badan, urutan kaki, urutan bahu dan kaki.

Dan boleh pilih tempoh masa urutan.

Sebenarnya kena booking slot dulu. Tapi rupanya tak boleh book hari sebelumnya di website. Harus lebih awal. 😁

Ni website nya: Zen Family Spa

Nasib baik kami pergi awal. Zen Spa buka 10am.

945am kami dah sampai di kaunternya.

Masih ada slot utk sesi 10am tu. Legaaa.

Sesi 10am-2pm dapat 10% diskaun! πŸ‘πŸ»

Kanak2 tak boleh masuk bilik spa. Jadi kami gilir2 jaga Iskandar.

Sangat berbaloi dengan harganya. Selepas diskaun, seorang hanya bayar dalam rm30 utk urutan penuh badan selama 1 jam.πŸ‘πŸ»

Selepas sedap2 kena urut, kami isi perut di Restoran Alas Daun.

Di restoran ni ada makanan orang Sunda.

Banyak bakar2 – ayam, ikan, daging – yang semuanya diperap dengan sangat sedap.

Sambalnya yang pedas – sambal halilintar. Memang macam terbakar lidah wey. πŸ˜‚

Tempat makan ni sangat recommended. Β πŸ‘πŸ»

Lepas lunch kami ke Pasar Baru semula. πŸ™Š

Kalau tak nanti ada orang tak boleh tidur teringat benda yang belum beli. 😝

Malam tu kami ke Trans Studio Mall.

Ni mall yang terbesar di Bandung!

Ada indoor theme park.

Masjid di pintu masuk mall ni sangat lah besar dan cantik. 😍

Esoknya kami ambil 1 day trip ke Lembang.

Kalau fikir kan balik, patut jadikan 2d1n trip ke Lembang sebab tempat ya sangat cantik dan banyak benda blh explore! πŸ€—

Lembang adalah daerah di utara Bandung.

Kami ke sana dengan seorang Uber driver, yang kami kenal sewaktu hari pertama di Bandung. Upah yang dia minta 500k rupiah sehari. Worth itπŸ‘πŸ»

Mula2 kami ke Tangkuban Perahu.

Jalan naik ke sana macam ke Cameron Highlands. Naik bukit dan nampak view yang cantik.

Tiket masuk ke hanyalah 30k rupiah untuk local people. Utk tourist adalah 5x. Jadi sila lah minta Uber driver cover line. 😁

Di Tangkuban Perahu, kawah air panas tu jauh ke bawah. Jadi bau sulfur tak kuat pun. Iskandar selesa sepanjang kami di sana.

Udara nya nyamannn. 😌

Selepas itu kami ke Floating Market. Tiket masuk 20k rupiah saja utk dewasa.

Tempat ni sangat luas rupanya! Kami set untuk spend 3jam saja sebab nak shopping di Cibaduyut.

Rupanya 3jam tak cukupπŸ˜‚ Terpaksa balik tanpa sempat explore semua taman. Semuanya luas dan cantik.

Dalam floating market ada kebun bunga, kolam ikan, taman jepun (boleh sewa kimono), rabbit farm, dan floating market tu sendiri.

Sangat banyak pilihan makanan di Floating Market! Sedap2 semuanya.

Facilities pun semuanya bersih. Anak2 pun akan enjoy jalan2 di tamannya.

Memang highly recommended untuk ke sana. πŸ‘πŸ»

Selepas itu kami ke Cibaduyut untuk beli pakaian dari kulit.

Sepanjang jalan adalah kedai2 yang jual kasut, beg, talipinggang dari kulit.

Sebab kami ada anak kecik, kami pilih untuk membeli dalam mall saja.

Memang murah. πŸ‘πŸ» Tapi kalau beli di kedai2 sepanjang jalan lagiiilah murah.😊

Jumpa Malaysian lain yang shopping di sana, pakat borong sandal kulit wanita harga rm8 saja.

Esoknya kami balik semula ke KL flight tengahari.

Alhamdulillah semuanya smooth saja.
Sepanjang bermusafir tu memang saya banyak doa supaya tak kena musibah – rompak, demam sakit perut, dll.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang bakal ke Bandung.

Kalau perlu hp number Uber driver yang bawa kami ke day trip di Lembang, boleh msg saya k.

😊

Sekian entry pertama saya.

Harap bermanfaat dan membantu. πŸ™‚

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s